30 Apr
30Apr

Bahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan karangan. Hal ini disebabkan bahasa yang digunakan oleh pelajar dapat menunjukkan sejauh mana pelajar dapat menguasai kecekapan bahasa bukan sahaja dari aspek komunikasi tetapi juga dalam penulisan. Penggunaan bahasa yang betul dalam karangan dapat dilihat melalui kegramatisan bahasa, tanda baca dan ejaan.


i. Kegramatisan ayat

Kegramatisan ayat bergantung kepada binaan frasa dalam ayat setiap perenggan. Hal ini demikian, kegramatisan bahasa bukanlah bermaksud pelajar perlu menggunakan ayat-ayat yang susah tetapi pelajar perlu menguasai kemahiran untuk menghuraikan hujah dalam setiap perenggan bagi mencapai kegramatisan bahasa dalam perenggan dengan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Kegramatisan ayat dapat dilihat dengan menggunakan penanda wacana yang betul, peribahasa, bidalan, penggunaan kata-kata hikmat dan sebagainya.

Berikut adalah contoh kata-kata hikmat yang boleh dipraktikkan ke dalam karangan pelajar.


1. Bahasa Jiwa Bangsa -

Bahasa merupakan satu identiti atau lambing sesuatu negara


2. Bahasa Menunjukkan Bangsa –

Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya


3. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh –

Kita akan menjadi kuat sekiranya bersatu dan kita akan menjadi lemah jika kita

bercerai- berai.


4. Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa

Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada sekiranya bahasanya sudah tidak ditutur lagi


5. Kata Mesti Dikota –

Setiap janji hendaklah ditunaikan


6. Ilmu Pelita Hati -

Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan

manusia.


7. Masa Itu Emas -

Masa adalah sangat berharga


8. Membaca Jambatan Ilmu -

Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan


9. Otak Cerdas, Badan Cergas –

Kita dapat berfikir dengan baik dan sempurna jika mempunyai kesihatan yang baik


10. Pandu Cermat Jiwa Selamat –

Sekiranya kita memandu dengan berhati-hati, kemungkinan kita ditimpa

kemalangan adalah sedikit.


11. Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia –

Wanita yang secara umumnya bersifat malu dan lemah lembut, mampu

menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan negara.


12. Bertangguh Pencuri Masa –

Kerja bertangguh tidak membawa manfaat kepada diri sendiri


13. Ilmu Itu Pelita Hati –

Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang


14. Hidup Ini Adalah Suatu Perlumbaan –

Kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.


15. Kita Harus Memberi Dan Menerima –

Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan Bantu-membantu antara satu

sama lain


16. Kata-kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang

Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan menghiris perasaan seseorang


17. Muafakat Membawa Berkat –

Sesuatu perkara yang dilaksanakan atas persetujuan ramai akan membawa kebaikan


ii. Tanda baca

Tanda baca juga memainkan peranan yang penting dalam penulisan karangan. Berikut adalah contoh kesalahan dan pembetulan tanda baca dalam penulisan karangan.


Contoh karangan


Bahasa SMS juga mewujudkan masyarakat yang rendah penguasaan terhadap bahasa melayu. Terciptanya bahasa yang mencemarkan bahasa maka sudah tentu masyarakat mengalami kesukaran dalam menguasai bahasa melayu yang betul. Sebagai contoh, “Bagaimana kita pergi ke sana?” diringkaskan kepada “Cane kite g sana?” dan banyak lagi contoh bahasa melayu tercemar oleh bahasa sms dapat dilihat di media sosial. Oleh itu, bahasa sms telah mewujudkan golongan masyarakat yang rendah tahap penguasaan terhadap bahasa kebangsaan.


Tanda noktah dirapatkan dengan perkataan terakhir dalam ayat bagi menutup ayat.

  • Bahasa SMS juga mewujudkan masyarakat yang rendah penguasaan terhadap bahasa melayu.


Tanda koma dan tanda soal dirapatkan dengan perkataan sebelumnya.

  • Sebagai contoh,“Bagaimana kita pergi ke sana?” diringkaskan kepada “Cane kite g sana?” dan banyak lagi contoh bahasa melayu tercemar oleh bahasa sms dapat dilihat di media sosial


iii. Kesalahan ejaan

Kesalahan ejaan merupakan salah satu aspek yang tidak dititikberatkan oleh pelajar dalam penulisan karangan sedangkan ia merupakan satu aspek yang penting bagi menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti. Berikut adalah contoh kesalahan ejaan yang boleh didapati dalam penulisan karangan pelajar.

SALAH

BETUL

audien

audiens

agen

ejen

atlit

atlet

istirehat

istirahat

kampong

kampung

insuran

insurans

pensil

pensel


Banyak lagi contoh kesalahan ejaan yang boleh dirujuk melalui laman sesawang berikut,

https://pt.slideshare.net/muhammadfuadtarmizi/kesalahan-ejaan-15693263/5?smtNoRedir=1

http://cikgutancl.blogspot.com/2009/02/kesalahan-ejaan-dan-imbuhan.html


Kesalahan ejaan dapat dielakkan apabila pelajar membaca dengan banyak untuk meneliti cara untuk mengeja sesuatu perkataan tersebut dengan betul. Selain kesalahan ejaan seperti dalam jadual, pelajar juga kerap melakukan kesalahan ejaan bagi imbuhan sesuatu perkataan.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING