11 May
11May

Karangan adalah sebuah penulisan yang melibatkan proses dan hasil. Proses tersebut adalah proses mengeluarkan idea semasa menulis karangan manakala hasil adalah buah fikiran yang dikarang. Lazimnya, terdapat dua bentuk karangan umum, iaitu

Berdasarkan rajah di atas, setiap karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat mempunyai format yang berbeza yang harus dipatuhi oleh pelajar semasa menghasilkannya. Kegagalan pelajar untuk mematuhi format tersebut akan menyebabkan pelajar kehilangan markah sebanyak maksimum 4 markah.

Manakala bentuk karangan tidak berformat pula ialah karangan yang tidak mempunyai apa-apa format penulisan yang perlu dipatuhi. Namun begitu, karangan ini merangkumi tiga aspek iaitu pendahuluan, isi dan penutup atau kesimpulan karangan. Ketiga-tiga komponen ini haruslah mempunyai kesinambungan dari segi idea dan isi yang dikemukakan. Pendahuluan merupakan pembuka bicara bagi topik yang bakal diolah dalam karangan. Manakala isi adalah inti pati subtajuk bagi topik utama yang dibincangkan dalam karangan. Isi biasanya terdiri daripada tiga atau empat subtajuk. Kesimpulan pula rumusan bagi keseluruhan inti pati karangan. Setiap aspek ini ditulis dalam satu perenggan.

Isi sangat penting kerana ia berfungsi untuk menyokong topik yang dibincangkan dalam karangan. Isi ditulis dalam satu perenggan. Berikut adalah kaedah penulisan isi dalam karangan.

1. Kaedah fakta,huraian,contoh dan rumusan kecil (FHCR)


i) Fakta

-Fakta adalah ayat topik yang membincangkan subtopik bagi topik utama yang dibincangkan pada bahagian pendahuluan.


ii)Huraian

-Huraian adalah ayat huraian yang menjelaskan fakta yang dinyatakan. Huraian ini penting bagi menjelaskan dengan tepat mengenai fakta yang diutarakan pada bahagian awal bahagian isi.


iii)Contoh

-Contoh adalah bukti yang menyokong ayat huraian.


iv)Rumusan kecil

-Rumusan kecil adalah kesimpulan kecil bagi keseluruhan isi pertama dalam karangan.


Berikut adalah contoh penulisan isi dalam satu perenggan yang mempunyai keempat-empat elemen tersebut.

Antara faktor utama yang menjadi punca mengapa wujudnya bahasa sms ialah sikap kebiasaan penutur dalam menuturkan bahasa yang ringkas atau bahasa sms. Sekiranya seseorang itu sudah terbiasa dengan menuturkan bahasa yang ringkas maka tidak mustahil kebiasaan tersebut akan mempengaruhi penulisannya sama ada di atas kertas mahupun dalam komunikasi di media sosial dengan menggunakan bahasa yang singkat. Sebagai contoh, dalam kehidupan seharian kita sudah terbiasa meringkaskan pelbagai perkataan seperti “sekarang” menjadi “skang”, “tidak” menjadi “tak”, “hendak” menjadi “nak” dan banyak lagi. Sesungguhnya kebiasaan dalam berbahasa yang ringkas akan mempengaruhi komunikasi secara bertulis.


-Baris 1 hingga 3 adalah penyataan fakta.

 -Baris 4 hingga 8 adalah huraian bagi penyataan fakta.


-Baris 8 atau 9 sehingga 12 adalah contoh bagi huraian fakta.

 

-Baris 12 hingga 14 adalah rumusan kecil bagi menyimpulkan penyataan fakta secara keseluruhan perenggan isi pertama. 



Berikut adalah beberapa langkah untuk menghasilkan sebuah karangan umum yang diterangkan secara ringkas.

Memilih tajuk

-Pelajar hendaklah memilih tajuk yang bersesuaian dengan pengetahuan dan pemahaman.

-Pelajar juga dikehendaki untuk memahami kehendak soalan sebelum membuat keputusan memilih tajuk atau soalan.

-Bagi menepati kehendak soalan, pelajar perlu membuat analisis soalan.

-Tips : Elakkan soalan-soalan yang pelajar tidak pasti tentang formatnya.

Menyediakan rangka karangan

-Pastikan pelajar memikirkan dan menulis isi-isi penting atau rangka karangan yang berkaitan dengan tajuk.

-Terdapat tiga komponen penting dalam karangan iaitu pendahuluan, isi-isi dan penutup.

-Buat imbasan tajuk berkali-kali semasa membuat rangka karangan kerana cara ini membantu pelajar mengelak daripada menulis isi yang terpesong.

-Pelajar hendaklah menulis lima hingga enam isi dalam setiap karangan, tidak termasuk satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan penutup.

-Isi hendaklah disusun mengikut keutamaanya.

Menulis pendahuluan

-Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan dan lazimnya mempunyai empat hingga enam ayat sahaja.

-Pendahuluan merupakan bayangan bagi huraian isi yang bakal ditulis oleh pelajar, maka pelajar haruslah menghasilkan pendahuluan yang dapat menarik perhatian pembaca atau pemeriksa untuk terus membaca keseluruhan karangan,

Menulis isi karangan

-Pelajar dicadangkan untuk menulis lima hingga enam isi.

-Pelajar hendaklah memasukkan huraian lanjut dan contoh sebagai bukti konkrit dalam setiap perenggan isi.

Menulis perenggan penutup

-Perenggan penutup merupakan rumusan atau kesimpulan tentang isi-isi yang telah dibicarakan dalam perenggan isi.

-Perenggan ditulis dalam satu perenggan sahaja dan isinya ringkas dan padat.

-Jangan masukkan isi baharu dalam perenggan penutup.


Menyemak karangan

-Sebelum menghantar tugasan, pelajar dikehendaki untuk menyemak semula karangan yang telah dihasilkan.



Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING