23 May
23May

Bahasa sms adalah singkatan bagi “sistem mesej ringkas” yang merupakan platform bagi komunikasi tidak formal dan penggunaannya tidak dinafikan menjadi budaya dalam kalangan masyarakat sejak dahulu lagi. Namun begitu, kebimbangan terhadap bahasa sms di kalangan masyarakat sering kali ditolak tepi. Penularan bahasa sms boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan kesan terhadap masyarakat.

Faktor penggunaan bahasa sms adalah bertujuan menjimatkan kos dan masa kerana ruang yang terhad dalam sistem pesanan ringkas. Hal ini demikian, semakin panjang pesanan yang ditaip, maka semakin mahal bayaran yang dikenakan dan pengguna bertindak untuk menggunakan bahasa sms kerana kekangan masa. Kesimpulannya, bahasa sms digunakan bagi tujuan menjimatkan kos dan masa seseorang itu.

Faktor seterusnya ialah sikap kebiasaan penutur dalam menuturkan bahasa sms. Kebiasaan menuturkan bahasa yang ringkas akan mempengaruhi penulisan kita dengan menggunakan bahasa yang singkat. Sebagai contoh, dalam kehidupan seharian kita sudah terbiasa meringkaskan pelbagai perkataan seperti “tidak” menjadi “tak” dan “hendak” menjadi “nak”. Sesungguhnya kebiasaan dalam berbahasa yang ringkas akan mempengaruhi komunikasi secara bertulis.

Penggunaan bahasa sms ini mengundang kesan iaitu terhakisnya identiti bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa sms telah banyak mempengaruhi sistem ejaan dalam bahasa melayu yang sepatutnya. Terdapat pelbagai contoh yang dapat kita lihat sama ada dalam media sosial mahupun dalam media cetak. Pengaruh penggunaan bahasa sms sememangnya membimbangkan kedudukan identiti bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Bahasa SMS juga mewujudkan masyarakat yang rendah penguasaan terhadap bahasa melayu. Terciptanya bahasa yang mencemarkan bahasa maka sudah tentu masyarakat mengalami kesukaran dalam menguasai bahasa melayu yang betul. Sebagai contoh, “Bagaimana kita pergi ke sana ?” diringkaskan kepada “Cane kite g sana?” dan banyak lagi contoh bahasa melayu tercemar oleh bahasa sms dapat dilihat di media sosial. Oleh itu, bahasa sms telah mewujudkan golongan masyarakat yang rendah tahap penguasaan terhadap bahasa kebangsaan.

Bahasa sms itu boleh digunakan asalkan tidak mencemarkan bahasa. Terdapat beberapa faktor penggunaan bahasa sms masih berkekalan dalam norma kehidupan masyrakat dan telah menimbulkan beberapa kesan negatif. Namun demikian, setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian dan begitu juga dengan isu bahasa sms ini yang mana dapat dibendung sekiranya kita bersama-sama dalam membendungnya.


(348 patah perkataan)

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING