05 Nov
05Nov

Pengolahan dalam karangan merangkumi 4 aspek iaitu wacana, logik, pemerengganan dan format.

1) Wacana

Merujuk kepada penggunaan bahasa dalam konteks yang membawa makna. Dalam konteks karangan, wacana wujud apabila berlaku interaksi antara teks dengan pembaca. Bagi memastikan makna yang dibawa oleh teks itu sejajar dengan makna yang difahami oleh pembaca, maka pelajar perlulah memaparkan ideanya dengan logik dan realistik. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan.


i.Naratif (Pemerian)

ii.Deskriptif (Penggambaran)

iii.Eksposisi (Pendedahan)

iv.Penghujahan


Wacana juga mempunyai penanda yang dikenali sebagai penanda wacana. Di bawah ini saya sertakan link bagi contoh penanda wacana yang boleh digunakan dalam penulisan karangan.


2)Logik

Aspek logik dalam penulisan karangan pula dirujuk sebagai kebolehan pelajar untuk menghujah dengan baik dalam karangan menggunakan ayat yang boleh diterima pakai atau rasional. Maksudnya, ayat tersebut adalah ayat yang senang difahami oleh pembaca.


3)Pemerengganan

Pemerengganan yang terbaik berdasarkan skema pemarkahan karangan bahasa melayu tingkatan 4 merangkumi perenggan pendahulua, perenggan isi dan perenggan penutup.

i.Perenggan pendahuluan

Menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak ditulis atau dibincangkan dalam karangan dengan jelas dan membuat penyataan secara umum dengan ayat yang mudah untuk difahami.


ii.Perenggan isi

Isi dihuraikan berdasarkan keterangan dalam perenggan terdahulu dan dihuraikan dalam bentuk kaedah FHCR iaitu fakta, huraian, contoh dan ringkasan karangan. Satu perenggan isi dihubungkan dengan perenggan isi yang lain menggunakan penanda wacana.


iii.Perenggan penutup

Menggambarkan tentang perkara yang telah ditulis dan dibincangkan dalam keseluruhan perenggan. Isinya diolah sama seperti perenggan pendahuluan namun diungkapkan dalam bentuk dan struktur ayat yang berlainan.


Secara umumnya, ciri-ciri pemerengganan yang berkesan dapat dilihat,

i.Mempunyai perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk

ii.Setiap perenggan mengandungi satu isi dan isi dihuraikan dengan baik.

iii.Mempunyai keseimbangan panjang setiap perenggan. 


4) Format

Format merujuk kepada penanda aras bagi penghasilan karangan. Format dirujuk berdasarkan soalan yang diberikan. Pelajar dikehendaki untuk membaca dan memahami kehendak soalan terlebih dahulu.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING